Home » Headline, How to, Keusahawanan
Kajian Pasaran : Langkah Berkesan Sebelum Mempromosikan Sesuatu Produk Affiliate
22 October 2011
No Comment
Kajian pasaran amat penting sebelum mempromosikan sesuatu produk affiliate. Dengan melakukan kajian pasaran, anda akan dapat menentukan permintaan dan persaingan sesuatu produk affiliate. Terdapat beberapa langkah bagi melakukan kajian pasaran:
1. Buat pemerhatian keadaan pasaran
Pemerhatian boleh dibuat dengan melihat penjual yang mempunyai jualan yang baik. Dapatkan testimoni dari pakar melalui forum atau carian di enjin pencari
2. Cari permintaan produk
Untuk mencari permintaan sesuatu produk, anda perlu membuat senarai kata kunci yang berkaitan produk. Anda boleh gunakan alat seperti “google keyword tool”, “keyword tracker”, “overture” atau perisian “nichebot” untuk mendapatkan senarai kata kunci
3. Tahap persaingan
Setelah mengetahui populariti produk itu, anda perlu melihat persaingan. Terdapat 2 cara untuk menentukan tahap persaingan.

Pertama, anda boleh melihat iklan yang terdapat pada enjin pencari. Biasanya iklan ini boleh didapati dalam enjin pencari di bahagian paling atas di tengah dan kanan bahagian enjin pencari dan ditanda sebagai “Ad”, “Ads”, “Sponsered Results” dan seumpamanya.
Anda juga boleh gunakan “google keyword tool” untuk melihat pesaing anda yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan. Lagi bagi sekiranya anda dapat menggunakan kata kunci yang spesifik bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat.
Kedua, anda boleh membuat carian secara manual di enjin pencari. Cara ini dapat membantu anda melihat berapa ramai pesaing yang menggunakan kata kunci yang sama dengan anda.Anda perlu lihat 10 carian teratas pada muka pertama enjin pencari dan anda perlu buat kajian kekuatan pesaing anda.
Kajian pasaran sangat penting dan dapat membantu proses pemasran yang lebih efektif. Ia juga dapat mengelakkan:
1. Produk yang anda tawarkan tidak mendapat sambutan kerana ia telah lama dan tidak dikemaskini
2. Tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pembeli yang tepat
3. Tahap persaingan atau kesukaran anda untuk mendapatkan jualan
Akhir sekali, anda perlu ingat bahawa anda akan dapat respon yang baik dengan mempromosikan kepada pelanggan yang tepat dan memberi mereka sesuatu yang bernilai buat mereka.
Share on Facebook
Leave your response!