Cara buat duit dengan ebook
Assalamualaikum wbt….
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Karim kepada pembaca …… bagi yang beragama Islam semoga Ramadhan yang dilalui dapat membentuk diri menjadi hamba Nya yang soleh & taat… insyaAllah
Sejak akhir-akhir ini, cara buat duit dengan ebook sering diperbualkan di internet. Ramai yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan dengan menjual ebook di internet. Menurut Dr Irfan Khairi (pakar internet tempatan), Produk informasi merupakan produk yang terlaris dijual di internet. Ebook merupakan salah satu produk informasi tersebut.
Sebelum tu, apakah yang dikatakan ebook tu? Ebook merupakan buku dalam bentuk digital. Ia bukan seperti buku biasa yang terdapat di kedai-kedai, yang boleh dipegang dan disimpan di dalam almari. Ebook biasanya boleh dibaca melalui alat elektronik seperti komputer. Kebiasaannya ebook dijual dalam format pdf. Ebook yang dijual biasanya mengandungi maklumat yang memberi manfaat kepada mereka yang ingin mendapatkan sesuatu maklumat dengan pantas dan mudah, tanpa perlu mengambil masa yang lama bagi mendapatkan maklumat yang seumpamanya. Ebook yang telah dibeli, biasanya akan dihantar melalui emel. Pembeli boleh memuat turun ebook yang telah dibeli melalui emel mereka yang telah dibei semasa membuat pembelian. Kebiasaannya ebook boleh dibeli dengan memasukkan duit melalui ‘internet banking’, mesin deposit CDM atau menggunakan kad kredit (paypal).
Apakah kelebihan menjual ebook berbanding buku biasa? Sebagai penulis buku, biasanya royalti yang dibayar adalah dalam 7 hingga 10 % sahaja bagi setiap jualan buku. Katakan royalti yang diberi adalah 10 % dan harga sebuah buku adalah RM20, maka royalti bagi satu buku adalah RM2. Sekiranya jualan yang terhasil adalah 1000 buah buku maka pendapatan yang diperoleh adalah RM 2000. Berbeza dengan ebook, katakan ebook yang anda jual adalah RM20 dan jualan yang terhasil adalah 1000 unit, maka pendapatan yang anda peroleh adalah RM 20 000.
Terdapat ramai rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat duit dengan ebook, antaranya Jamaluddin Bahari, Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Khairul Azlan, Rahman Basri dan ramai lagi. Saya dan anda juga boleh membuat duit dengan ebook seperti mereka.
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara membuat duit dengan ebook.
1. Langkah pertama adalah mencari idea bagi menulis ebook, terdapat pelbagai topik yang boleh dijadikan ebook. Antara bidang (niche) yang boleh anda terokai adalah topik buat duit, topik keluarga, topik kesihatan dan banyak lagi.
2. Membuat rangka isi kandunan ebook
3. Menulis ebook menggunakan microsoft word berdasarkan rangka isi kandungan yang telah dirancang
4. Tukarkan ebook yang ditulis kepada format pdf menggunakan primo pdf
5. Buat ecover ebook anda. Klik sini untuk lihat contoh ecover
6. Buat minisite jualan ebook anda. Klik sini untuk lihat contoh minisite jualan
7. Tulis surat jualan ebook anda
8. Uploadkan website jualan anda. Ebook anda kini sudah boleh dijual. (sebelum tu pastikan anda sudah ada domain dan hosting)
Itulah sahaja yang ingin saya kongsikan kepada pembaca semua. Jumpa lagi di lain masa. Semoga berjaya.
(^______^)v
p/s: sila-silalah beri komen di blog saya ni, jangan segan-segan.
Ikhlas,

Mohd Rushaidin bin Muhamed
——-
“Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato’ Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Lawati http://www.stormreaders.net/galeriilmu
atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Lawati http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu ”
——
Dapatkan rahsia jana pendapatan di siniā¦nak tahu? klik disini
Rahsia lulus temuduga kerajaan dibongkar…. nak tahu? klik sini
















Leave your response!