Bagaimana menjana pendapatan di internet ???
Assalamualaikum wbt….
Salam ceria …..
harap anda semua berada dalam keadaan sihat ceria dan bermotivasi sentiasa….
Pada artikel yang lepas … saya telah berkongsi kepada anda tentang bagaimana anda boleh mempelbagaikan sumber pendapatan anda selain daripada makan gaji semata……
Pada kali ini, saya ingin pula berkongsi kepada anda tentang bagaimana anda boleh menjana pendapatan di internet…..
Sebenarnya terdapat pelbagai sumber pendapatan yang anda boleh perolehi di internet….
Secara umumnya terdapat beberapa model asas bagi perniagaan di internet:
1. Model penjualan produk
2. Model penyediaan perkhidmatan
3. Model agen pemasaran
4. Model pengiklanan
Bagi model penjualan produk, terdapat 2 jenis produk yang boleh dijual iaitu produk fizikal dan produk digital. Produk fizikal adalah spt telefon bimbit, ukiran kayu, barang antik dsb manakala produk digital adalah seperti software, ebook, template laman web dsb.
Produk-produk tersebut boleh anda hasilkan sendiri atau dapatkan daripada pembekal…..
Anda boleh menjual produk-produk tersebut di lelong.com.my atau juga di ebay
Bagi model penyediaan perkhidmatan….anda boleh menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang anda inginkan….. cuma jangan menawarkan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang dan agama…..
Contoh-contoh perkhidmatan yang boleh anda tawarkan adalah seperti design web, design baju, design kad, mengambil upah menulis artikel, mengambil upah membina software dan byk lg….. anda boleh fikirkan sendiri….
Model seterusnya adalah model agen pemasaran atau lebih dikenali sebagai agen affiliate…. ini merupakan model yang paling saya minati…..
Melalui model ini…. anda tak perlu mempunyai produk sendiri….. tetapi anda hanyalah perlu mempromosikan produk orang lain dan anda mengambil komisyen daripada hasil jualan melalui promosi yang anda lakukan ….
Dan akhir sekali adalah model pengiklanan ….. contoh model pengiklanan melalui internet yang terkenal pada masa ini adalah google adsense…..
Selain itu, anda juga boleh membuat pengiklanan anda sendiri dengan menawarkan ruang iklan di laman web anda …… walaubagaimanapun laman web anda perlulah mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi….
Terdapat beberapa panduan yang anda boleh rujuk bagi memulakan perniagaan di internet …. di sini saya mencadangkan beberapa rujukan yang anda boleh gunakan …..
Bagi mereka yang ingin mengetahui cara membina blog boleh klik di sini
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang google adsense boleh klik di sini
Bagi mereka yang ingin menjual produk di lelong.com.my klik sini
Bagi mereka yang ingin menjual produk di ebay klik sini
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang affiliate boleh klik di sini
Di atas adalah sebahagian daripada rujukan yang anda boleh dapati di internet….
Sebelum mengakhiri tulisan saya pada kali ini ……. saya ingin mengucapkan selamat maju jaya & berjumpa anda di puncak kejayaan
[polldaddy poll="3479447"]
—————————————–
Mohd Rushaidin bin Muhamed
——————————————–
“Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato’ Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Nak tahu lebih lanjut? klik sini
atau Anda juga boleh menyertai StormReaders bagi menambah pendapatan anda. StormReaders adalah perniagaan berangkai 100% patuhi syariah menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan menjana pendapatan tambahan serta menyebarkan ilmu yang baik 100% dari rumah secara sambilan. Nak tahu lebih lanjut? klik sini ”
————————————————-
Dapatkan rahsia jana pendapatan di sini…nak tahu? klik disini
Rahsia lulus temuduga kerajaan dibongkar…. nak tahu? klik sini
















Leave your response!